Wednesday, July 21, 2010

debab kami dah pergi.... :(

tanggal 16hb julai 2010 ( wahh! skema gitu.. ), tak sure la pukul berapa, debab aka flower horn i dah mati. huwaaaa! ikan tu  memang sakit sebelum nie. macam-macam ubat adik i guna nak bagi sembuh penyakit yang ada kat ikan tu. tapi, semuanya tak berkesan. huhu. orang yang paling sedih, of course la adik i. sebab dye la yang jaga ikan tu, cuci akuarium la.. hmmmm...



nie gambar dye time sihat. comel kan kan kan?! +___+


dah mati.. so sad lahh! :'(


kadang-kadang every morning tu, i tersilap g tengok kat akuarium kosong je. dah takda debab!!!! huhu.
ok lahh. need to go. klas CTU pulaks. hee.
~salam~


p/s : nasib baik lahh klas satu je hari nie. that's why sempat update blog lagi. ngee~


Saturday, July 17, 2010

new course, new college, new timetable......

hello bloggers..

macam mana life korang sekarang? hopefully, semuanya ok ya.. i nak story pasal life i kat UiTM Kedah as a student DIM (diploma information management). finally, i dah berjaya pindah ke bilik kawan i kat tingkat bawah sekali. yeayy!! tak payah panjat memanjat tangga lagi. bertambah debab la i. haihh. i thought bilik kawan i tu memang kosong satu. and suddenly, ada junior masuk pulaks! so, i pulak yang jadi penumpang kat bilik tu. hmmm. sabar jela. tapi, takpe. nanti maybe i akan dapat bilik baru pulak. . nomad betul lah i neh. huahaha..


nie bilik yang i duduk sekarang. agak semak sebab bilik kecil & ramai penghuni..


untuk 2 minggu nie, banyak jugak la benda kena settle, bayar bil elektrik, beli t-shirt kesatria la. pasal buku la. hadoii. penin-penin. tu tak termasuk lagi bila g kelas, lecturer takda pulak, haihh! geram. bukan dekat berjalan ke klas tau. huhuhu.  and u'ols tau disebabkan ramai sangat intake kali nie, sampai klas and lecturer pun tak cukup. adehhh! apasal la uitm ambil ramai-ramai? sesak kot.. 

klas i setakat nie Alhamdulillah ok la. tapi, kadang-kadang tu ada certain subject yang i agak blurr. hmh. klas i banyak combine ngan klas lain and lecture buat kat dewan besar. so, apa lagi. kadang-kadang tu tersengguk jugak la. ngantuk kot. plus, lecturer yang bosan. shhh! jangan cita kat lecturer i tao?! i tembak u. heh.


jadual klas i, DIM1E.. agak puas hati sebab i yang pilih nak masuk klas nie. ngeee~


comel tak? hee. sabar jela eh. i memang perasan!


nie kawan-kawan i since pre com lagi. luv u'ols lahh !


my friends again. +____+ keep in touch ya. :)


okayy. nanti kalo i bersenang-senang lagi, i update blog ya. >,<
keep following me people. good night!
~salam~

Sunday, July 04, 2010

i'm merbok lahh!

hello friends.

sekarang neh i rasa lega sangat sebab semua urusan pendaftaran dah complete. but, satu je benda yang tak settle lagi, yakni kelas mana yang i kena masuk besok. besok dah start klas daaa. aiyaaa! so, besok pagi bangun awal-awal. then, pergi jumpa koordinator. wee~

okee. pasal pendaftaran tadi, agak kalut sebab i datang lambat. ngeh3. rumah saja dekat. and korang tau apa akibatnya?? i dapat bilik kat TINGKAT EMPAT !!!!! arghhhh. kurus terus i lepas nie. hak3. kawan-kawan i semua dapat groud floor je. jelessss.........

itu kira okey lagi sebab i dapat katil, locker, meja. nie ada yang merempat tanpa dapat apa-apa. dapat lantai je. uhuk! sebabnye, kolej dah full and nak tunggu bangunan baru siap dalam sebulan gak lagi. huh. just imagine la. bilik yang untuk empat orang dah jadi tujuh orang! gila tak gila. memang macam sardin lorh. adesss~ nasib baiklah roomates pun okee je. ada yang boley masuk kepala. erk. junior? stail buat hal sendiri. i lebih rapat dengan akak-akak senior. 
sangat rasa tak puas hati. tapi, bersyukur la dengan apa yang dapat.and lagi satu i happy sebab dapat wireless. that's why i boley update blog i. yeayyyy!!! suka suka suka. +_+ sebab before nie kolej lama i tak boley nak connect dengan internet. so, susah la nak buat assignment ke facebooking ke. huahahah..

ok lahh. i nak tidur la. besok nak bangun awal pagi nak g jumpa koordinator program. entah siapa la tak kenal pun lagi. huhu. bermulalah episod baru dalam hidup farah....... gudluck farah! bring ur succesful to ur parents!! yeahhh~ u can do it.. :)

k. nyte people. have a funny dreams! hee~
~salam~

p/s : upss! hari nie boley terlupa nak capture any picture. ;D


Saturday, July 03, 2010

goodbye homeSWEEThome. merbok! here i come. heee..

fuhh. lega. akhirnya dah siap pun berkemas. kerja last minute. jadi cam nie la. kalut je. haha. kalo korang nak tau, tu lah tabiat buruk i. entah bila nak berubah. farah farah. hee. beg i banyak la jugak. ada dua beg besar. pastu, beg-beg kecil banyak jugak la. tu pun dah ketepikan banyak tau! kalo tak satu bilik i nak angkut pergi merbok. huahahaha. well. perempuan. ;)

banyak tak? i rasa macam banyak sebab malas gila nak angkat naik hostel. huaaaa!!!~

besok pagi mulalah journey i sebagai student pengurusan maklumat. wuwu. nervous ada, excited ada. macam-macam lah i rasa sekarang nie.  
okehh! semua dah complete except lappy i neh tak masuk beg lagi. ngee. awal masih. besok before berangkat nak update status kat facebook pulaks. =D
mungkin lepas nie i dah jarang nak update blog. kalau ada entry yang best2, nanti i post okee. insyaAllah. tunggu tau.
huaarhhh! ngantuk. nak tidur. besok mesti mata tak cantik sebab tak cukup tidur. 
*selama nie mata i cantik ke? wink wink*
okeh. jaga diri u'ols. keep following my blog ya. 
~salam~

p/s : kawan-kawan UITM, besok kita jumpa okeh?! rinduuuuu..............

Friday, July 02, 2010

girls outing :)

salam bloggers..
hari nie i agak letih otak plus serabut dengan ptptn yang hampeh tu. tapi, ada something yang buat i happy. tau tak sebab apa? mesti la tak tau kan. nie nak story la. sebab i keluar dengan kawan-kawan i lagi !!! wahh. ramai rupanya kawan i nie. kawan kat kolej la, kawan kat uitm la, kawan kat sekolah, tuisyen, erk? tu tak termasuk kawan-kawan kat facebook, myspace. ouhhh! banyak sangat-sangat. padahal tak kenal pun. ups! ada jugak yang kenal :)

i dapat message semalam from kawan i yang comel, "farah, nak keluar tak? jom2". lebih kurang macam tu la. apa lagi. i neh pantang diajak keluar. cepat je melangkah. hik3. nasib la sape yang jadi teman hidup i yer. kuang3. actually kawan-kawan i nie nak g amek sijil spm. then, nak g mana-mana pun bolee. so, after amek sijil pergi basuh keta kawan i yang macam helikopter masuk selut tu. hehe. joke. then, pergi tesco kejap pastu pergi giant sebab nak format memory. aiyaa~

tengok ada wafer kat sana. teringin pulak. so, lepak kejap and apa lagi. snap snap gambar la. wajib okee! +_= kawan i neh bawak adik dye yang comel sekali. geram geram tengok pipi dye. sporting je. makan pun semangat.

comel tak kami? ngee~ *perasan*

tengok-tengok. si kecil yang comel tu makan banyak. suka! =D
wafer plus ice cream. enough! jimat. 

ok lahh. need to packing. satu apa pun tak packing lagi. sabtu pagi sudah mau berangkat ke merbok! hostel kesayangan hamba. ceihh! geli. hehe..
have a happy day people! like me. hee..
~ salam ~

p/s : asyik happy je kan i neh. salah ke? tapi, ada jugak yang sedih. simpan je dalam hati yang dah penuh neh. >,<

Followers