Friday, October 21, 2011

#6 tips minimumkan perbelanjaan ketika shopping

manusia memang suka shopping kan terutamanya PEREMPUAN. kadang-kadang bila shopping tu sampai terlupa pulak nak ukur baju di badan sendiri. upss. bukan maksud aku beli baju ketat ketat. maksud aku shopping sampai tak ingat dunia last last POKAI. hutang KAD KREDIT sana sini. macam aku. ehh aku mana ada kad kredit lagi


so sebelum aku tidur tetiba idea ni muncul haha


#1
sebelum nak keluar shopping tu, cuba BAGI DUIT KAT MAK AYAH SURUH SIMPAN SETENGAH. eh rela hati ka nak bagi? masa shopping tu tengok tengok duit dah tinggal sikit. so mesti stop shopping kan


#2
cari tempat shopping yang TAKDA ATM contoh : market, pasar malam ka haha. so bila takdak ATM korang semua just gunakan duit yang ada dalam purse/wallet tu ja la kan. kalau ada seringgit ja nasib!

#3
haa nie yang penting. cuba CARI BOYFRIEND/ GIRLFRIEND/ TUNANG/ SUAMI/ ISTERI YANG TAK MINAT SHOPPING. yang tak suka la p shopping complex bersesak-sesak habis duit. haha. tak ka jimat dah tu. kalau korang ajak p shopping mesti depa reject kan

#4
BERFIKIRAN POSITIF. ehh macam mana tu. cuba korang fikir. kalau duduk rumah tengok tv ka online ka tidur ka kan lagi bagus. duit apa pun tak payah keluar. 
*tapi kalau aku macam tak jalan ja tips nie. aku cepat bosan haha


#5
cuba KREATIF sikit. baju-baju lama tu cuba ubahsuai bagi jadi baru. tu pun bagi sapa sapa yang minat bab-bab jahitan ka boleh la try. sekurang-kurangnya tak bosan kan bila pakai balik baju tu nampak fresh ja. and mana tahu kot kot boleh jugak JANA PENDAPATAN kan :)


#6
last sekali. masa nak keluar p shopping tu, KELUAR MASA SHOPPING COMPLEX NAK TUTUP. haha. contoh :  kalau shopping complex tu tutup pukul 10 malam, keluar la pukul 9 malam. so tak banyak la masa korang untuk shopping kan. masa yang ada tu gunakan untuk beli barang-barang yang PERLU sahaja.



okay. tu ja yang aku boleh pikir. maksud aku shopping kat sini bukan shopping barang dapur ka apa. Nie sesaja nak shopping TAMBAH KOLEKSI la kan. macam aku. suka menambah koleksi. kena beletiaq tu jangan kata laa hihi. 

so gunakan duit dengan bijak :) 

"ORANG YANG BIJAK ADALAH ORANG YANG BIJAK MERANCANG" 

sekian....

No comments:

Followers