Monday, October 24, 2011

Pasta

Aku bukan peminat cerita-cerita korea apatah lagi artis-artis korea. Masa kat kolej pun roomate aku duk sibuk nak copy cerita korea nu la ni la dari kawan-kawan, aku buat dek (taktahu) ja sebab aku tak berminat langsung nak tengok. 


Dulu masa sekolah rendah aku pernah jugak layan cerita korea yang meletop-letop macam WINTER SONATA, AUTUMN IN MY HEART, yang lain aku dah tak ingat. Lepas dah habis cerita-cerita tu aku stop terus layan cerita korea.


and tiba-tiba masa semester break kali ni aku tertarik dengan satu cerita korea kat TV2 yakni PASTA ! ntah macam mana aku boleh tertengok cerita tu pun taktau then aku tertarik sangat nak tengok tiap-tiap hari.




Suka tengok hero dan heroin dia sweet ja. even diorang suka sama suka tapi awal-awal tu asyik bertekak ja lepas tu baik. Cerita PASTA ni berkisar pasal dapur, masakan dan restoran high class di mana chef-chef kat situ memang kena TIPTOP dan cukup menjaga kualiti makanan kat situ.


Okay nak story banyak-banyak pun kang sampai besok tak habis. Tengok la sendiri kat 
TV2, ISNIN - JUMAAT, 5.00-6.00 petang :)


Aku suka cerita-cerita yang kisah cinta diorang ni lain sikit, style gaduh-gaduh sikit hihi baru ROMANTIK kan auww :P




p/s : bila hari sabtu ahad ja mesti aku tak sabar nak jumpa hari isnin :D

No comments:

Followers