Saturday, December 29, 2012

.Langkawi Aku Datang.

Lamanya kau dalam draft. Kesian...

Our Langkawi trip was on 14-16 December 2012

Alkisahnya aku dapat mesej pelawaan ke langkawi malam sebelum bertolak ke sana! Ohh my excited gila hey lama tak ke sana. Majlis reception sebelah pengantin lelaki pulak. Sesambil tu dapat jenjalan kan. kan. Heeee! Tak sabar tak sabar....

Dalam otak aku tak lain tak bukan... jengg coklat.. heh

Pepagi jumaat tu sengsorang aku naik bus ke rumah kawan aku. Wahh berani.. Haruslah dah besar panjang ponn ;) Sejam macam tu la dah sampai. Then, the pengantin picked me up and then had some rest, lunch there.. Oh segan segan segan. Pemalu kan..

Around 3 p.m. baru bertolak ke Jeti Kuala Kedah. Dalam 4 buah kereta gitu. Memula plan nak naik feri jam 4.30 ptg tapi atas sebab tertentu makanya postpone to next ferry trip at 6..



Jeti Kuala Kedah. Lewat petang tu hujan. Lebat tak lebat renyai pon tak renyai. See. Ramai beno manusia. Cuti sekolah. Harap paham situasi tempat-tempat percutian. Seronok tengok manusia tolak bertroli-troli. Eh satu ja troli tapi besar ha barang banyak ha berplastik-plastik..

Ohh ya feri yang aku naik nak ke sana tu boleh muat dalam 200 lebih orang tak salah. Sejuk woo. Dah ler sesempit laluan ha.. *ehh banyak pulak cekadak mu. orang sponsor dah cukup syukur tau

 Masa perjalanan Kuala Kedah ke Langkawi dalam sejam setengah


Seatmate cakap..

"kalau dah nampak macam pulau-pulau tu nak dekat sampai le tu"

eh tapi tapi hari dah gelap memang le nampakk sangat.. hik. Sampainya kat sana still hujan then husband kawan aku datang ambik dengan 2 biji keta sewa and 1 van sewa. Cukup cukup makan semuanya..

Tempat penginapan : homestay dalam TNB. Peliknya homestay takda kipas kat bilik tapi ada air cond !! *yeyyeehh lompat lompat atas katil. ranap!



Keesokan..

Agenda awal pagi nya nak keluar jenjalan. Memula g rumah sedara, then ke Haji Ismail Group. Memang kat Langkawi ni belambak nau outlet Haji Ismail Group ni. Yang mai Langkawi tak singgah memang saja lah kann. Borong coklat coklat coklat kat siniiiiii....!! Ohhh rambang mata juling semua nakkk.....

Lepas tu pergi Beras Terbakar, borong kain batik, kain pelekat untuk aku se family :) Dah habis menawar, membeli.. rushing balik tukar baju sebab dah lambat nak ke kenduri...



Rumah pengantin lelaki ni agak ke dalam sikit kena lalu kawasan pokok getah kat bukit. Kalau naik moto ka jalan kaki mahupun naik basikal sengsorang nak lalu, maunya seram bulu roma nih. Tetiba terbayang harimau sergah, "Ngaumm.. hai apa khabar?".. Larikkk!! Over ja aku.. Kalau dah biasa rasanya okay ja kan..



Makanan kami VIP kelas kedua.. Kelas pertama haruslah meja pengantin ye dok? ekeke. Alhamdulillah.. Makanan banyak. Kenyang perut suka hati ;P



Ohh. sewwitt gitu pengantins.. Pelamin cun beno lah haii.. Suka. Tinggal puan pengantin kat sana. Huhu.. Bersorang diri lah aku...



Habis kenduri, balik homestay landing landing, guling guling dulu macam peguin kekeyangan.. Agak petang sket baru keluar ke Pantai Cenang. Masa tu dah maghrib so lepak lepak dalam 15min aja...



Then p hirup udara segar dekat Dataran Lang lak. Pakai baju kurung memalam.. Lantak lerr orang nak pandang apa.. Pakai baju jugak dari yang berpakaian tapi....


Esok kepada sabtu, Ahad pagi. Masa untuk balik.. Waa satnya nak balik dah... 


Sebelum balik.. singgah rumah pengantin dulu lepas tu ke Idaman Suri. Apa yang ada kat situ? Wajiblah manusia manusia yang membeli.. hahaha. Kat situ ada jual pinggan mangkuk especially, coklat, beg eeeee bermacam lahhh.. Harga berpatutan ya dan murah!.. Maqi maqi pakat mai singgah.. Memasing pakat borong 2 3 plastik besaq pinggan mangkuk.. fuyoo. Aku? Beli sudu dah la..


Sampai Jeti Kuah dalam 12 tengah hari. Manusia. Masih ramai. Tiketnya jadi jam 2.30 ptg gitu.. Jenuh menunggu... Sambil menunggu feri yang tak kunjung tiba, sempat lagi cuci mata dalam Kompleks Jeti Kuah..


For me, Langkawi dah berjaya memikat hati aku. Tak sempat nak jelajah ke semua tempat.. But I still enjoy the moment being there. Teringin nak naik cable car tapi entah bila.. InsyaAllah.. One day, i'll be there with family again n again.. Honeymoon pon best tu *dush dushhh!



p/s : kena kumpul RM bebanyak nak p sana......kerja.. mana kerja ni...

No comments:

Followers