Tuesday, May 24, 2011

Program Anak Angkat anjuran OPKIM di Bukit Selambau, Kedah (:

Assalamualaikum.....

Untuk cuti semester kali ini, first aktiviti yang i join ialah program JOM MASUK KAMPUNG (program anak angkat) anjuran pihak OPKIM.. Bertempat di Bukit Selambau.. 5-7 Mei 2011.. 

Aturcara program..



Sebenarnya tak plan pun nak join program ni.. Sehari sebelum program ni, i ada terbaca status akak senior uitm merbok yang tulis ada 10 lagi kekosongan untuk sertai program ni.. Wahh.. Kebetulan memang tak buat apa pun kat rumah dan teringin sangat nak join timba pengalaman baru la katakan. Then, tanya punya tanya my friends, ada juga sorang yang tersangkut nak p sekali. Yeayy. Ada kawan. Cepat-cepat kami bagi maklumat diri kat puan yang terlibat dengan program ni..



5 MEI :
2.30 petang daftar kat perkarangan kolej masria (kolej perempuan) tapi bus datang pukul 3 ! Hurmm.. Sampai di SK Kuala Sin dalam pukul 4.30 petang.. Ucapan Perasmian dan kami semua dipertemukan dengan ayah-ayah dan mak-mak angkat kami.. Segan ! Setiap rumah dapat 2 orang anak angkat.. I kena serumah dengan che nad (exrumate).. 



Setelah selesai semuanya, balik rumah keluarga angkat masing-masing.. Nak tau nama mak dan ayah angkat i ? Alamak ! Dah lupa.. Errr.. Apa punya anak angkat la.. Adoii.. Mula-mula tu kami panggil mak cik, pak cik ja.. Tapi, tengok kawan-kawan yang lain panggil mak, ayah, terasa lain la pulak.. Hihi.. Abah angkat i keja pengutip getah kot.. Ibu angkat pula suri rumah.. Adik-adik angkat i ada 4 orang.. Sorang lelaki, 3 perempuan..




Ni rumah family angkat i.. Cantik kan? Kalah rumah i gitu.. Wahh !



Pada sebelah malam pula ada ceramah "Keluarga Bahagia".. Sebelum pergi ceramah, anak-anak angkat makan bersama keluarga-keluarga angkat masing-masing.. Kami semua makan berjemaah kat pondok luar rumah tu.. Ada 3 family memandangkan rumah kami dekat-dekat.. Just imagine la meriah gila dengan gelak-tawa walaupun time tu kami malu-malu ayam lagi.. Heh. Terasa bahagianya... Lepas tu kami semua pergi ceramah sama-sama (:


Pondok mengisi perut (: serius. Memang makan banyak time kat sana.. Aiyooo



6 MEI :
Pagi tu ada program untuk budak-budak sekolah yang ambik UPSR bertempat di sekolah.. Parents angkat kami cakap tak pergi pun takpa.. Tapi, kawan rumah sebelah cakap untuk program tu memerlukan beberapa orang fasi.. So, kami pun berlari-lari kambing p sana dan rupanya kami terlewat.. Kuang kuang kuang.. Dah ada orang lain yang gantikan tempat kami.. Adoi.. Padan muka.. Ok takpa.. Yang baki-baki tak dapat jadi fasi ni kena jadi AJK sukan untuk sebelah petang nanti.. Okay.. Tak kisah.. Duduk jela dalam khemah tu sementara menunggu arahan.. Panas kott ! Cuaca sekarang memang panas.. Dalam pukul 12 camtu kami balik rumah masing-masing sebab pukul 2 petang pulak ada program lawatan ke projek kampung..



Untuk lawatan projek kampung petang tu kami terlewat sebab jalan kaki.. Waduh waduh waduh.. Memang jauh bangat.. Ada la dalam 2 or 3 km sebab takda transport.. Then, sampai ke tempat lawatan pertama, u know what? Kena marah boleh sebab lambat.. Ala akak, lambat sikit je pun, bukan lambat ke kelas.. Dah la letih, kena marah pulak.. Hmm.. Nasib nasib.. Time lawatan tu kami bawa sekali adik-adik angkat kami.. Hee



Tempat kedua : ladang tebu. yeahh !! tempat yang ditunggu-tunggu. sebab dapat minum air tebu free. ngeh ngeh ngeh.. asal free ja mesti seronok. sapa tak suka dapat benda free whoii.. selain dapat minum air tebu fresh free, dapat pulak pulut pisang.. wahh.. i told u. memang takkan lapar la duduk sana.. sukaa ! 



Ladang tebu..


Khemah air tebu freshh.. Bestt !


Tempat ketiga : tempat pembuatan kerisik.. Dekat rumah penduduk kampung ja.. Nak buat kerisik banyak-banyak sekali, mak cik tu gunakan mesin.. Jenuh la kalau nak guna khidmat tangan 100%.. Memang tercabut la tangan tuu menumbuk.. Haa ! U'ols tau tak nak buat kerisik tu macam mana?


 Mesin tu tumbuk-tumbuk gini.. Mula-mula tu terkejut den bila makcik tu pasang suis..







Tempat keempat --->> Kandang kambing.. Bheeekkkk ! Kami p naik bus.. Then, kena jalan masuk pulak ada la dalam 2km.. Adoii.. Tercabut tulang-tulang lutuit den.. Huhu.. Nasib baik sampai-sampai tengok kambing comel-comel.. Pengubat keletihan i.. Erk. Funny moments kat situ adalah apabila sekor kambing jantan kot terlepas dari kandang dia and lari.. Hahahaha.. Semua yang ada atas kandang tu kalut la lari turun.. Nasib baik kambing tu tak serang orang.. Haishh.. Lawak bebenor..

Ni lah kambingnya......

Hey. Apa tengok-tengok? Gue maw makan lahh..


Pandai kambing ni.. Tengok camerawomen.. Chehh !



Tempat kelima : Tempat angsa.. Gila jauh kena jalan masuk.. Ada la kot dalam 3km.. Memang letih bangat.. Mana dengan kasut dan seluar kena lecah dek adik angkat i. Haduihh ! Kalo ikutkan memang nak marah.. Tapi, budak-budak kan.. Penat i mengelap kasut seluar i time nak jalan masuk tu.. Nasib baik pakai sports.. U know what? Sampai situ dalam 5min dah kena jalan keluar balik.. Adoii.. Hangin hangin..



Lepas habis lawatan, balik ke sekolah balik sebab petang tu ada sukan untuk kanak-kanak tadika KEMAS.. Sepatutnya i pun kena organize sukan tu.. Tapi, disebabkan letih bangat (bajet u ja letih enn), i duduk je tengok.. Hikhikhik ! Pemalas punya olang.. Sampai ke petang tengok sukan tu.. Bukan setakat kanak-kanak, orang-orang kampung and anak-anak angkat pun boleh join (: I segan nak joinn.. Ngeeee.. 

Antara acara dalam sukan tu :
> boling menggunakan buah kelapaa.. berat beb..
> tidak ketinggalan favourite ramai, music chair..
> Cari gula-gula dalam tepung..
> Tiup belon sampai pecah..

Antara aktiviti sukan yang dijalankan..

Macam biasa kami berempat, i, che nad, wan and k hanya duduk goyang kaki dan tangkap gambar.. Heee !

Time kat sana, i dengan che nad more rapat to wan and k sebab diorang jiran kami.. So, pergi mana-mana sekali la (:



Lepas balik dari sukan, kami berempat p ronda-ronda kampung jap naik moto.. Yeayy ! Seronok ambik angin petang.. Nyaman.. Macam biasa, i ngan wan jadi pembonceng ja sebab kami tak pandai bawak moto.. Hampeh !

Pada sebelah malam ada wayang pacak kat sekolah tu.. Lepas makan makan berjemaah untuk malam terakhir (kali ni dah tak malu), kami semua berangkat ke sekolah.. Malam tu juga ada Malam kesenian.. So, ada persembahan dari makcik-makcik, tak ketinggalan anak-anak angkat lelaki juga.. Tunggu punya tunggu wayang pacak.. U'ols nak tau cerita apa? Video   sejarah kemerdekaan Malaysia.. Aiseyyman.. Tak boleh belah.. Orang-orang kampung pun ada yang dah beransur pulang.. Kiciwa !

7 MEI : 
Pagi tu ada gotong-royong memasak.. On the way nak ke sekolah tu, abah angkat bawak kami (che nad and i) ronda-ronda kat ladang getah.. Seronoknya ambik angin pagi.. 


Woott woott! Getah mahal oo.. Jom menoreh ;)


Untuk gotong-royong tu, kebanyakannya orang-orang kampung la yang p memasak.. Anak-anak angkat ni apa tau?! Hihi.. Kami pun turun menolong jugak enn.. Di samping tu juga ada dibuka booth JobMalaysia dengan ACMS terbuka untuk sesiapa yang nak check tekanan darah free..

Tengah hari tu kami berempat balik mandi, kemas beg semua then datang balik ke sekolah untuk lunch dan acara penutupan program ni dan penyerahan anak angkat.. Sebelum balik tu i ngan che nad dapat hadiah dari ibu angkat kami.. Weee ! Tak sangka.. Sebab kami p sana pun dengan tangan kosong... :(


Setiap malam lepas balik dari program, mesti abah angkat bawak kami ronda-ronda kampung naik pajero dia..  Nak bawak ronda siang-siang program kami memang full..

Saat-saat akhir kat Bukit Selambau.. Yang atas kiri tu la family angkat i (:

Masa nak balik tu kami berempat dapat tapau lauk-lauk yang dimasak tadi.. Alhamdulillah.. Rezeki lagi dan tiba-tiba abah angkat i hulur duit.. Ouhh ! Segan sangat nak ambik.. Tapi, ambik jugak (",)



Seronok sangat time kat sana.. Orang-orang kampung sangat baik.. Bagi kami makan macam-macam.. Ada rezeki, umur panjang kita jumpa lagi ehh (: InsyaAllah.. Sayangnya, time kami p tu, bukan musim durian.. Family angkat i pulak tak suka durian.. 



Okay. Dalam 2.30 petang naik bus balik uitm.. I terpaksa naik bus lelaki gara-gara bus perempuan penuh ! Maluuu.. 


Sumber gambar : Okay. Memandangkan i tak bawa camera ke sana, so i cilok la gambar yang kawan-kawan i upload kat fb.. Thank you wan suhaila & che nad ! :)




p/s : Abah i cakap, nanti kita p Bukit Selambau eh? Tengok family angkat i. Hmm. Okay then, bila tu abah? 

No comments:

Followers