Thursday, May 26, 2011

Peritnya Sebuah Perpisahan...

Assalamualaikum...


Tengah hari time memasak tadi, dapat call from someone yang sangat-sangat saya rapat. Teman sehidup semati.  Dalam nada sedih, dia story pasal hubungan dia dengan bakal teman hidup dia. Seriously terkejut. Kenapa Z mesti buat macam tu kepada A sedangkan A ni memang berharap sangat hubungan mereka sampai ke jinjang pelamin. (Okay. Saya namakan si lelaki tu Z dan si perempuan tu A). 


Sebelum ni pun Z ada menyatakan hasrat mahu masuk meminang A. Tapi, disebabkan A masih belajar di peringkat degree dan bakal menghabiskan pembelajarannya dalam masa setahun lagi, Z setia menunggu. Tapi sekarang apa sudah jadi? Semuanya hancur lebur. Family kedua-kedua pihak ok sahaja dengan hubungan mereka walaupun tidak pernah bersua muka, cuma kakak A kurang senang dengan Z tu. Sedih bila jadi macam ni. Tempiasnya terkena kat saya. Bila dah dapat lelaki beriman macam tu, yang boleh membimbing dengan baik, jadi macam ni pulak. 





Kadang-kadang tu saya tak faham la dengan dunia sekarang. Bila dah benda-benda macam ni berlaku di sekeliling saya, saya jadi fobia dengan lelaki. Kadang-kadang tu wujud perasaan benci. Sebab saya juga pernah terkena suatu ketika dulu. Tapi, sampai bila. Suatu hari nanti, dengan izin Allah, insyaAllah saya akan berkahwin, dengan lelaki. Bukan dengan perempuan. Hmmm.


Buat masa sekarang ni, saya happy dengan kehidupan saya sekarang, tidak terikat dengan siapa-siapa kecuali parents saya (semestinya). Bukan tidak mahu tetapi biarlah begini saja tanpa ada komitmen dengan siapa-siapa. Mungkin saya tidak bersedia lagi 100% untuk berkomitmen serius dengan orang. Serik mungkin. Biarlah kita berkawan sahaja. Kalo ada jodoh, InsyaAllah (: Semuanya atas ketentuan dariNya...


Kepada si A, tabah, kuat dalam dugaan kali ni. Mungkin ini antara dugaan terperit yang terpaksa anda harungi sekali lagi. Ya. Mungkin sekarang kita putus asa. Tidak mahu menerima mana-mana lelaki dah lepas ni. Tapi, mana tahu, suatu hari nanti, muncul lelaki yang lebih baik untuk anda diutuskan oleh Allah. Ingatlah anda tidak keseorangan, masih ada keluarga yang sangat-sangat sayangkan anda, kawan-kawan yang sentiasa menyokong dan juga saya ! Setiap dugaan yang Allah beri tu pasti ada hikmahnya. Apabila Allah menurunkan dugaan kepada kita, itu bermakna Allah sayangkan kita. Hidup mesti diteruskan. Saya tahu anda kuat. Semoga dilindungi Allah selalu. Sayang anda !



Lagu yang tengah famous sekarang disebabkan cerita Nora Elena. Lirik ini mungkin serba sedikit ada kena-mengena...........


Berubah (Erry Putra ft Reen Rahim)






Kau berikan ku waktu
Untuk bersamamu meniti hari
Tak puas bagiku dan kau pun berlalu
Tinggalkan ku sendiri
Kelam seluruh jiwaku

Chorus
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku

Ooo.. Kau yang ku kenali
Dan kini menjadi insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati meniti hari

Semuanya telah berakhir.. Ooo..

Ulang Chorus

Semuanya telah berakhir

Ulang Chorus

Oh kasih







*alangkah baiknya kalau saya ada bersama anda sekarang......

No comments:

Followers