Assalamualaikum pembuka kata....
Baru sekarang ada mood nak update blog. Sebelum ni malas ja padahal ada ja free time. Okay, based on tajuk kat atas tu, sebenarnya aku nak cerita sesuatu. Cerita ni dah lama dah time aku pergi rumah classmate aku kat Perak. Satu hari tu kami pergi Zoo Taiping, antara tempat menarik yang selalu orang pergi.
After beli tiket semua then tunggu la nak naik train. Adoii.. Punya la lama. Panas segala-galanya.. Huhu. Masa dalam train tu, aku nampak banyak sangat beruk kat tepi-tepi jalan tu. Aku dah start risau mana tahu tiba-tiba beruk-beruk tu terkam aku, mahu tak naya jadi daging korban kat situ. Ternyata takut aku tu ada sebab, time kami berjalan-jalan kat dalam zoo tuu, sekumpulan beruk muncul. Banyak ekor jugak la. Sebelum tu kawan aku dah remind, beg tu silang jaga-jaga takut beruk ragut pulak. Okay. Aku pun silang.
Masa menikmati pemandangan zoo tu, ada sekor beruk yang datang dekat aku duk usha beg aku. Ketaq punya pasai takut dicederakan, aku pun baling beg aku tu. Apa lagi beruk-beruk yang lain pun datang selongkar habis beg aku. Kad matrik uitm, botol air kesayangan aku, mp4 aku habis ha. Aku boleh lupa pulak yang banyak barang berharga aku dalam beg tu, camera, purse, handphone. Fuhh. Semua takut punya pasai. Yang nak buat aku nangis tu kad matrik aku digigit-gigit mangkuk-mangkuk hayun tuhh. Kunci bilik, locker habis daaa.
Spesies macam nie la.. Eeee ! Hapuskan semua beruk.. Geram.
Nasib baik kawan aku dua orang ni berani, aku dah awal-awal berginjak dari situ lepas dapat beg aku balik. Kawan-kawan aku la tolong halau beruk tu dari gigit kad matrik aku, nasib baik dapat. Tak lama lepas tu nasib ada lori yang buat kerja-kerja pembersihan zoo lalu. Pakcik-pakcik tu la yang tolong cari barang-barang yang beruk tu ambil. Tapi memang dah tak sempat la. Yang dapat diselamatkan mp4 aku, earphone dah selamat dimakan dek beruk tu, botol air aku tapi bocor digigit beruk tu, tali kad matrik dan kunci-kunci bilik yang jatuh kat merata tempat. Huuuuuhhh...
Rupa-rupanya beruk beruk tu bukan milik Zoo Taiping tapi tu beruk liar dari hutan. Patut la. Pelik jugak takkan pihak zoo ni lepas beruk macam tu ja. Huh. Okay lepas dah selamat semua aku dah macam budak-budak merengek ajak nak balik ja sebab dah fobia. Yang aku sedih sekali botol air oren kesayangan aku terpaksa buang sebab useless, dah bocor kan. Empat tahun kot aku bersama. Hurmm..
Bila ingat balik kejadian tu rasa macam lawak pun ada. Betapa kurang cerdiknya aku pergi baling beg aku sendiri, bukan beruk tu yang ragut. Bak kata kawan aku, peragut sukarela. Hahaa.. Apa-apa jelah. Janji kami semua selamat tanpa cedera apa-apa.
Terima kasih sangat-sangat cik fara and miera sebab tolong selamatkan barang-barang aku. Jasa kalian amat ku kenang sampai bila-bila. Memang dah terikat rapi dalam diri ni kenangan pahit macam tu. Sesungguhnya aku memang fobia dah nak pergi zoo mana-mana pun. Kalau nak pergi pun aku akan make sure yang ada lelaki yang teman. Hee. Okay lah ! See ya...
No comments:
Post a Comment