Saturday, February 02, 2013

#HomeCook : Puding Kastard Berbiskut

Sememangnya aku tak berapa nak pandai masak pun.. Basic2 ja tahu.. Ngeh2.. Selain lauk-lauk, aku suka try desert y aku suka makan and teringin nak rasa.. Hehe. Alaa search ja kat Google, belambak. For me, tak perlu kot beli buku resepi tebal2 tu haaa.. depends ;p

Resepi ni sebenarnya aku dah try banyak kali. Tapi terlupa la copy kat sapa.. Buat tuan blog y aku copy, terima kasih daun keladi, nanti boleh copy lagi.. Hihi. Resepi ni sangat simple and sesuai for beginner macam ehem, saya...

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung kastard (tak kisah brand apa pun)
  • Gula (tak sampai 1 cawan pun) *ikut tahap kemanisan masing-masing ;)
  • Air 10 cawan
  • Susu pekat 1/2 cawan *agak-agak takut terlebih manis nanti
  • Santan sikit
  • Secubit garam
  • Biskut marie Munchy's Cappuccino

Cara-cara :
  • Masukkan tepung kastard ke dalam bekas, then masukkan air. Kacau hingga sebati.
  • Tambah gula, susu pekat dan sedikit santan ke dalam bancuhan tadi. Kacau
  • Tapis dan masukkan dalam periuk *sy guna belanga. senang sikit ;p

Ehem. Belanga = Kuali ya :D

  • Kacau dalam periuk dengan api sederhana. Sentiasa kacau ya. Jangan tinggal nanti dia berketol-ketol *hahha.. aku tau sebab aku dah buat eksperimen dulu.. kiki
  • Letak garam sikit. Kacau sampai agak-agak dia pekat dan likat dan berkilat.
  • Angkat setengah puding letak dalam bekas anda y comel-comel. Lepas tu bagi sejuk sikit patahkan biskut marie (ikut suka, tak patahkan pun okay). Tuang lagi setengah puding atas biskut tu. Tekan2 sikit bagi sama rata. and done! :)


Ni layer pertama. Kalau rajin buat la layer banyak-banyak.. Then setiap layer diselangi dengan biskut :) 



Ha ada nampak tak kat tengah2 tu ada macam kaler selain kuning, tu lah biskutnyaa :) Simpan dalam peti sejuk.. Wallahh. Sedap dimakan begitu sahaja.. :D




p/s : Hmm... harini nak try apa pulak yer.....


No comments:

Followers