Thursday, February 07, 2013

Ditawarkan Lagi?

Assalamualaikum :)


Keputusan permohonan penerapan ke Degree UiTM keluar 31 January lepas.. Nervous jugak sebelum nak menyemak tu.. Ada rezeki, ada la, if tak kita fikir Plan B pulak..

Masukkan IC.. dan ALHAMDULILLAH ! Aku ditawarkan untuk further Degree :

Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Pusat Sumber di UiTM Kampus Puncak Perdana 

Waaaa jauhnyaa... Lepas ni no more balik every weekend.. Sob sobbb :( Berdasarkan apa yang aku jumpa course ni dalam 6 sem macam tu la.. dan untuk penerapan diploma ke degree ni, mungkin nanti masuk semester ke-3 terus.. Kot. 



Memula aku confius antara mau tak mau tapi dalam masa yang sama dok buat preparation jugak... Hurmm.. Mintak pendapat banyak orang, yang berpengalaman dan sebagainya, so muktamadnya, just proceed.. Doakan yang baik-baik ya :) Ohh ya.. 4 Mac nanti kena mendaftar di sana dan kolej kediaman tak dapek pulak ! Hmm.. Suruh abah settlekan pasai kolej nih, InshaAllah dapat nanti. Yay! :D



# banyak benda nak kena sedia & settle sebelum masuk.. Mintak dipermudahkan segala urusan :)

No comments:

Followers